- Ahli GAMB mestilah berfikiran positif,berpandangan jauh,bersemangat melayu sejati,ada kesedaran & niat utk membantu mengukuhkan kembali perpaduan bangsa melayu. Ahli juga perlu bersikap matang dari aspek pemikiran,sikap dan sahsiah diri.
- Para ahli perlu bersopan santun,hormat-menghormati,ada semangat patriotisme yg tinggi,menghormati pandangan pihak lain.
- Para ahli disarankan mengemukan sebarang idea,cadangan,perbincangan dan sebagainya yang hanya berkaitan dengan kepentingan bangsa melayu dan Agama Islam sahaja.Sebarang perbincangan mestilah perbincangan yg mengandungi manfaat bukannya perbincangan yg boleh mengundang perbalahan,pergaduhan dan perpecahan perpaduan melayu.
- Para ahli perlu berpegang kepada keluhuran perlembagaan,rukun negara dan mempunyai nilai-nilai patriotisme yg tinggi.
- Sebarang perbalahan mesti dielakkan.
- Para ahli perlu mengamalkan musyawarah iaitu satu wadah utk berbincang mengenai sesuatu aspek.
- Para ahli mestilah memperkenalkan GAMB kepada seluruh pengguna anak muda melayu dalam facebook,bloggers juga disarankan agar mempromosikan GAMB dalam laman blog masing-masing.
Pihak Admin tidak akan teragak-agak menegur/memberikan amaran keras terhadap mereka yang bersikap biadap. - GAMB hanyalah untuk anak-anak muda melayu yang benar-benar mempunyai semangat melayu yg tinggi, jiwa melayu, identiti kemelayuan yg tinggi dan sifat melayu sejati.
- Para ahli juga digalakkan bersatu menentang pihak-pihak yang cuba mempertikaikan keluruhan perlembagaan perkara 153, perkara 152, perkara 30, institusi raja-raja melayu, keamanan negara dan mereka yang cuba membuat sebarang provokasi ke arah perkara yang negatif.
GAMB juga ingin menyahut saranan MPM yang mahu orang2 melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik demi keutuhan ummah.Cogan kata GAMB ialah "MUSYAWARAH DAN MUAFAKAT MENJANA KEKUATAN UMMAH"
Hakcipta Terpelihara © 2010