Tuesday, December 28, 2010

HARIMAU MALAYA & MARUAH NEGARA


SALAM....
sedar tidak sedar leg 2 piala suzuki AFF akan melabuhkan tirainya pada malam nie...perlawanan final antara malaysia dan negara jiran indonesia pasti akan dianggap perlawanan paling sengit sejak piala ini di perkenalkan pada 1996....seperti semua pembaca tahu leg 1 yang di adakan di stadium keramat negara,stadium nasional bukit jalil telah memihak pada pasukan negara....2 gol jaringan safee sali dan 1 gol dari ashari sudah cukup untuk memastikan pasukan harimau malaya membawa bekalan yang sempurna untuk bertandang ke stadium gelora bung karno malam nie....
yang menjadi isu malam ni ialah perdebatan penyokong fanatik indonesia yang menggunakan laman sosial seperti facebook dan twitter untuk menyerang mental pemain malaysia...mereka berpendapat kemenangan malaysia disebabkan oleh panahan laser yang di tujukan ke arah markus iaitu penjaga gawang indonesia itu...
logikkah laser penyebab markus tu tidak fokus pada bola?...kalau maman tidak leka manakan norshahrul idlan talaha boleh masok ke kotak penalti..
negara kita di kecam hebat media indonesia mengenai isu laser....sedangkan jika kita melihat kemenangan indonesia pada pasukan harimau malaya pada peringkat kumpulan jelas kelihatan terdapat pancaran laser pada penjaga gawang harimau malaya...tetapi malaysia masih bersikap profesional..masih menerima kekalahan itu... ketika kalah 5-1 pada indonesia ketika itu...media indonesia juga mengecam pasukan harimau malaya..kenapa bila tiba malaysia menang media sana mahu menyalahkan laser..kenapa tidak menerima kekalahan tersebut....
biarkan mereka(rakyat indonesia) dengan dunia mereka.media indonesia teruskan provokasi mereka...rakyat indonesia memang suka begitu....ayuh harimau malaya bangun jangan jadikan isu itu untuk melemahkan semangat...jadikan ia pembakar semangat...menangnya malaysia akan lebih hebat jika menang dihadapan puluhan penyokong fanatik indonesia...

my-gamb menyeru kepada semua pembaca agar duduk depan TV malam nie tepat jam 8 malam...
beri sokongan anda pada pasukan negara....kami seluruh warga gabungan anak muda melayu bersatu(GAMB)
menyokong penuh pasukan negara.....semoga kemenangan mutlak milik malaysia....
Hakcipta Terpelihara © 2010

No comments:

Post a Comment