Solat jumaat pemangkin kekuatan ummah melalui kasih dan sayang. - Gambar hiasan
Pada hari jumaat yang lalu bertarikh 24/12/2010, selesai sahaja solat jumaat pada jam 2pm, penulis pun sempat luangkan masa bertemu dengan seorang sahabat yang merupakan anak saudara kepada cikgu penulis sendiri, kami sudah tidak bertemu sejak 5 tahun yang lalu.Alhamdunillah, rasa syukur kepada Allah swt kerana dapat bertemu semula dengan takdir Allah Swt.
Namun, ada satu perkara yang ingin penulis ceritakan disini dan niat penulis bukan untuk mengaibkan insan terbabit cuma sebagai teladan buat semua umat islam.Selesai penulis berbual dengan sahabat penulis yang dikenali sebagai Naim, penulis pun pergi menuruni tangga Masjid Jamek Seri Petaling (MSJP) dan mengambil selipar lalu berlalu untuk pulang ke rumah penulis.
Namun, dalam pertengahan perjalanan yang tidak sampai 5 minit itu, penulis terserempak dengan seorang lelaki dalam lingkungan usia 50an di depan pagar utama MJSP.Walaupun ketika itu, keadaan di sekitar pintu utama MSP sesak dengan ramai orang yang hendak pulang setelah selesai solat jumaat, penglihatan penulis hanya tertumpu kepada pak cik terbabit.Mengapa agaknya?. Apakah istimewanya?.Adakah ada sesuatu perkara yang telah dilakukannya membuatkan penulis terpaku sebentar melihatnya?.
Sebenarnya, secara jujur dan ikhlas penulis terlihat pak cik berkenaan memakai baju yang tertera lambang PKR dan PAS.Pak cik berkenaan memakai baju tersebut secara jelas dan terang-terangan.Keretanya terletak berhampiran dengan pintu utama masjid berdekatan dengan sebatang pokok berhadapan dengan sebuah banglo milik seorang ustaz yang merupakan tenaga pengajar di masjid berkenaan.Pak cik itu merupakan seorang pemandu teksi.
Ketika saat itu, hanya Allah Swt sahaja yang mengetahui isi hati penulis yang begitu geram melihat sikap umat islam khususnya orang melayu kita yang bersikap seperti pak cik itu.Penulis cukup meluat melihat kejadian unsur-unsur politik cuba dibawa masuk dalam masjid, rumah Allah.Penulis yakin sekiranya pembaca blog ini terdiri dalam kalangan PR, sudah tentu mereka mendakwa penulis ini seorang yang menipu dan membuat fitnah.
Penulis berani katakan yang penulis tidak menipu langsung dalam hal ini dan jika diizinkan Allah Swt sudah lama penulis tangkap gambar pak cik berkenaan dengan kamera sebagai bukti konkrit.Namun, cuba fikir mana ada orang yang nak tangkap gambar sewaktu solat jumaat bukan?. Baik hp (handphone) atau kamera.Kita datang ke masjid bukan untuk bergambar tetapi untuk beribadat, berjumpa dengan Allah Swt dan mengerjakan segala suruhannya.
Penulis menceritakan kisah ini secara jujur dan bukan satu rekaan.Saksi utama penulis ialah Allah Swt sendiri.Masih ingatkah titah perintah Sultan Selangor yang menggesa agar umat islam dan bukan islam tidak menjadikan tempat ibadat seperti masjid sebagai medan politik?. Walaupun kita berbeza politik namun dalam soal keagamaan dan soal-soal yang menjurus kepada pembinaan ukhuwah sesama ummah, kita perlu ketepikan sebentar perbezaan politik itu.
Oleh demikian, penulis berharap agar entri terbaru ini yang memuatkan kisah benar ini dapat menjadi teladan kepada diri penulis dan seluruh umat islam di tanah air kita khususnya orang-orang melayu.Penulis berasa syukur sangat sebab MJSP tiada unsur-unsur politik bahkan ukhuwah sesama umat islam disini biarpun berbeza dalam aspek pemakaian tetap kuat, jitu dan penuh dengan kasih sayang.Namun,penulis berharap agar pembaca sekalian dapat menjadikan kisah ini sebagai teladan dan ingatlah bahawa ada sebahagian perkara yang kita boleh lakukan walaupun terdapat perbezaan kecil dan ada juga sebahagian perkara yang kita tidak boleh lakukan walau dalam keadaan apa jua sekalipun.
Wallahualam.
Penulis ialah En Mohd Fadly
Blogger Muda UTUSAN PRIBUMI
Pengasas & Presiden GAMB
http://suarapribumi.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment