Wednesday, December 29, 2010

Kisah Benar & Pengajaran

Solat jumaat pemangkin kekuatan ummah melalui kasih dan sayang. - Gambar hiasan

Pada hari jumaat yang lalu bertarikh 24/12/2010, selesai sahaja solat jumaat pada jam 2pm, penulis pun sempat luangkan masa bertemu dengan seorang sahabat yang merupakan anak saudara kepada cikgu penulis sendiri, kami sudah tidak bertemu sejak 5 tahun yang lalu.Alhamdunillah, rasa syukur kepada Allah swt kerana dapat bertemu semula dengan takdir Allah Swt.

Namun, ada satu perkara yang ingin penulis ceritakan disini dan niat penulis bukan untuk mengaibkan insan terbabit cuma sebagai teladan buat semua umat islam.Selesai penulis berbual dengan sahabat penulis yang dikenali sebagai Naim, penulis pun pergi menuruni tangga Masjid Jamek Seri Petaling (MSJP) dan mengambil selipar lalu berlalu untuk pulang ke rumah penulis.

Namun, dalam pertengahan perjalanan yang tidak sampai 5 minit itu, penulis terserempak dengan seorang lelaki dalam lingkungan usia 50an di depan pagar utama MJSP.Walaupun ketika itu, keadaan di sekitar pintu utama MSP sesak dengan ramai orang yang hendak pulang setelah selesai solat jumaat, penglihatan penulis hanya tertumpu kepada pak cik terbabit.Mengapa agaknya?. Apakah istimewanya?.Adakah ada sesuatu perkara yang telah dilakukannya membuatkan penulis terpaku sebentar melihatnya?.

Sebenarnya, secara jujur dan ikhlas penulis terlihat pak cik berkenaan memakai baju yang tertera lambang PKR dan PAS.Pak cik berkenaan memakai baju tersebut secara jelas dan terang-terangan.Keretanya terletak berhampiran dengan pintu utama masjid berdekatan dengan sebatang pokok berhadapan dengan sebuah banglo milik seorang ustaz yang merupakan tenaga pengajar di masjid berkenaan.Pak cik itu merupakan seorang pemandu teksi.

Ketika saat itu, hanya Allah Swt sahaja yang mengetahui isi hati penulis yang begitu geram melihat sikap umat islam khususnya orang melayu kita yang bersikap seperti pak cik itu.Penulis cukup meluat melihat kejadian unsur-unsur politik cuba dibawa masuk dalam masjid, rumah Allah.Penulis yakin sekiranya pembaca blog ini terdiri dalam kalangan PR, sudah tentu mereka mendakwa penulis ini seorang yang menipu dan membuat fitnah.

Penulis berani katakan yang penulis tidak menipu langsung dalam hal ini dan jika diizinkan Allah Swt sudah lama penulis tangkap gambar pak cik berkenaan dengan kamera sebagai bukti konkrit.Namun, cuba fikir mana ada orang yang nak tangkap gambar sewaktu solat jumaat bukan?. Baik hp (handphone) atau kamera.Kita datang ke masjid bukan untuk bergambar tetapi untuk beribadat, berjumpa dengan Allah Swt dan mengerjakan segala suruhannya.

Penulis menceritakan kisah ini secara jujur dan bukan satu rekaan.Saksi utama penulis ialah Allah Swt sendiri.Masih ingatkah titah perintah Sultan Selangor yang menggesa agar umat islam dan bukan islam tidak menjadikan tempat ibadat seperti masjid sebagai medan politik?. Walaupun kita berbeza politik namun dalam soal keagamaan dan soal-soal yang menjurus kepada pembinaan ukhuwah sesama ummah, kita perlu ketepikan sebentar perbezaan politik itu.

Oleh demikian, penulis berharap agar entri terbaru ini yang memuatkan kisah benar ini dapat menjadi teladan kepada diri penulis dan seluruh umat islam di tanah air kita khususnya orang-orang melayu.Penulis berasa syukur sangat sebab MJSP tiada unsur-unsur politik bahkan ukhuwah sesama umat islam disini biarpun berbeza dalam aspek pemakaian tetap kuat, jitu dan penuh dengan kasih sayang.Namun,penulis berharap agar pembaca sekalian dapat menjadikan kisah ini sebagai teladan dan ingatlah bahawa ada sebahagian perkara yang kita boleh lakukan walaupun terdapat perbezaan kecil dan ada juga sebahagian perkara yang kita tidak boleh lakukan walau dalam keadaan apa jua sekalipun.

Wallahualam.

Penulis ialah En Mohd Fadly
Blogger Muda  UTUSAN PRIBUMI
Pengasas & Presiden GAMB

http://suarapribumi.blogspot.com/

Tuesday, December 28, 2010

HARIMAU MALAYA & MARUAH NEGARA


SALAM....
sedar tidak sedar leg 2 piala suzuki AFF akan melabuhkan tirainya pada malam nie...perlawanan final antara malaysia dan negara jiran indonesia pasti akan dianggap perlawanan paling sengit sejak piala ini di perkenalkan pada 1996....seperti semua pembaca tahu leg 1 yang di adakan di stadium keramat negara,stadium nasional bukit jalil telah memihak pada pasukan negara....2 gol jaringan safee sali dan 1 gol dari ashari sudah cukup untuk memastikan pasukan harimau malaya membawa bekalan yang sempurna untuk bertandang ke stadium gelora bung karno malam nie....
yang menjadi isu malam ni ialah perdebatan penyokong fanatik indonesia yang menggunakan laman sosial seperti facebook dan twitter untuk menyerang mental pemain malaysia...mereka berpendapat kemenangan malaysia disebabkan oleh panahan laser yang di tujukan ke arah markus iaitu penjaga gawang indonesia itu...
logikkah laser penyebab markus tu tidak fokus pada bola?...kalau maman tidak leka manakan norshahrul idlan talaha boleh masok ke kotak penalti..
negara kita di kecam hebat media indonesia mengenai isu laser....sedangkan jika kita melihat kemenangan indonesia pada pasukan harimau malaya pada peringkat kumpulan jelas kelihatan terdapat pancaran laser pada penjaga gawang harimau malaya...tetapi malaysia masih bersikap profesional..masih menerima kekalahan itu... ketika kalah 5-1 pada indonesia ketika itu...media indonesia juga mengecam pasukan harimau malaya..kenapa bila tiba malaysia menang media sana mahu menyalahkan laser..kenapa tidak menerima kekalahan tersebut....
biarkan mereka(rakyat indonesia) dengan dunia mereka.media indonesia teruskan provokasi mereka...rakyat indonesia memang suka begitu....ayuh harimau malaya bangun jangan jadikan isu itu untuk melemahkan semangat...jadikan ia pembakar semangat...menangnya malaysia akan lebih hebat jika menang dihadapan puluhan penyokong fanatik indonesia...

my-gamb menyeru kepada semua pembaca agar duduk depan TV malam nie tepat jam 8 malam...
beri sokongan anda pada pasukan negara....kami seluruh warga gabungan anak muda melayu bersatu(GAMB)
menyokong penuh pasukan negara.....semoga kemenangan mutlak milik malaysia....
Hakcipta Terpelihara © 2010

PERHIMPUNAN WIRA NEGARA REVOLUSI 1 MALAYSIA

salam w.b.t.....
SEMUA AHLI TUAH 7 teja GAMB dijembut bersama memeriahkan perhimpunan wira negara revolusi 1 malaysia


 KIRA2 50,000 KE 70,000 ANAK2 MUDA SELURUH NEGARA AKAN BERADA DISANA SEPANJANG 3 HARI PROGRAM.USAHA UTK MENDEKATI GENERASI PEMANGKIN PERUBAHAN YG TIDAK BERPARTI.

SEWA BOOTH UTK JUALAN MAKANAN DAN BARANGAN SUDAH DIBUKA BAGI USAHAWAN2 MUDA PADA KADAR RM1500-RM2000 UTK 3 HARI. SILA HUBUNGI PIHAK PENGANJUR BAGI YG BERMINAT +60122774771 (WIRANEGARA)

JUMPA DISANA.............






Hakcipta Terpelihara © 2010

LEKA REBUT KUASA

Leka rebut kuasa hingga lupa tingkat ekonomi bangsa akibatnya agihan kekayaan tak sekata.

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 membuktikan dengan jelas perbezaan sistem nilai antara bangsa Melayu dengan kaum lain. Walaupun kedua-dua bangsa mendominasi kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat ia menterjemahkan sistem nilai yang berbeza.

Bangsa Melayu sinonim dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan tradisi muafakat sejak berkurun. Bangsa Cina pula sentiasa berusaha dan tekun untuk membangunkan ekonomi dan menggunakan kuasa politik untuk kepentingan perusahaan.

Melayu dalam UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diyakini masih tebal dengan jiwa tradisional walaupun terpaksa bertindak untuk melegakan perasaan rakan mereka dalam gabungan siasah. Jika adapun Melayu yang sanggup menuturkan sembah derhaka, tindakan mereka sekadar melunaskan kemarahan peribadi apabila hajat siasah tergendala.

Ada juga Melayu yang memegang kuasa sanggup meleburkan bahasa dan adat resam sendiri kerana memikirkan rakan gabungan yang sentiasa mengharapkan sikap terbuka sebelah pihak, sedangkan pihak lain begitu rakus memainkan isu perkauman. Keterbukaan Melayu ada masanya merugikan bangsa sendiri.

Kelemahan ketara bangsa Melayu adalah terlalu ghairah mengumpul pengikut, sedangkan pihak lain bertindak mengambil kesempatan siasah untuk mencipta peluang perniagaan dan perdagangan. Keghairahan mengumpul pengikut juga menjadi dorongan seseorang Melayu untuk kekal berkuasa, mencari pengaruh dan mengumpul penyokong yang kian bertambah.

Pada masa sama mereka lupa untuk membantu pengikutnya mempunyai nilai ekonomi, menyebabkan agihan kekayaan bangsa Melayu tidak merata. Hanya segelintir Melayu berjaya dan yang terbanyak adalah Melayu yang masih mengharapkan subsidi dan naungan pemerintah untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Kesannya, lahirlah Melayu yang berfikiran jumud, taklid dan pengikut pendapat lain tanpa sebarang pertimbangan akal.

Kesibukan mengumpul pengikut juga mendorong Melayu bergeser sesama sendiri kerana menggunakan formula siasah untuk berkuasa atau mengekalkan kekuasaan. Pergeseran sesama Melayu mendorong pihak lain mengambil kesempatan seperti berlaku pada pilihan raya umum lalu.

Sejak Parameswara membangunkan kesultanan Melayu Melaka pada 1403, tradisi mencipta pengikut dan pengaruh begitu tebal dalam sejarah Melayu. Pihak istana mendapat laba daripada kesetiaan rakyat. Raja dibantu Bendahara dan Temenggong menguruskan pentadbiran. Rakyat yang setia sentiasa tidak mampu berfikir dan mendapat peluang ekonomi. Kesannya, segelintir mencapai kejayaan dan terbanyak menerima kegagalan hidup.

Berbeza kaum Cina tidak kira MCA, GERAKAN, DAP sistem naungan ekonomi berpaksi sejak abad ke-19 ketika penjajah British membawa mereka ke kawasan perlombongan di Tanah Melayu. Pendatang dari selatan China diarah bekerja di kawasan lombong dan bijak mempelajari nilai tempatan menyebabkan mereka selesa untuk terus tinggal di negara ini walaupun penjajah kembali ke British menjelang 1957. Keturunan mereka bijak memanfaatkan kesempatan daripada golongan pekerja kepada pencipta pekerjaan.

Kejayaan mempelajari dan menerima nilai tempatan serta diadunkan dengan cara hidup positif, membantu bangsa Cina membina sistem kongsi yang mengutamakan kepentingan kecinaan sehingga kini.

Mereka mungkin bergaduh dan bergasak mengenai ideologi politik, namun mustahil untuk mereka meninggalkan perusahaan dan mencipta peluang ekonomi untuk kaum sendiri. Isu pendidikan dan peluang ekonomi sentiasa mendominasi pemikiran kaum Cina kerana mereka sedar kedua-duanya mempunyai paksi untuk menaungi siasah pada masa panjang.

Kita jarang menemui kaum Cina yang kandas perniagaan kerana sukar menyediakan modal. Sistem kongsi memberi peluang sesiapa saja mencipta kekayaan asalkan rajin berusaha dan tidak segan menerima strategi pengurusan perniagaan yang berjaya.

Berbeza dengan Melayu, isu politik sering menjadi kerenah yang merenggangkan, subsidi baja padi menjadi duri dalam daging di kawasan pertanian. Bantuan mangsa banjir dinafikan kerana perbezaan fahaman. Pentadbir negeri berbeza dengan Pusat menimbulkan kekalutan sesama sendiri. Isu pengaruh dan kekuasaan peribadi sentiasa menjadi belenggu yang melelahkan. Melayu bergaduh sesama sendiri, hatta di dalam sesebuah pertubuhan pun mereka tidak sekata dan melompat parti.

Perseteruan demi perseteruan sesama Melayu menjadi opera lunak yang dipertontonkan pihak lain. Melayu bergelut mencari pengaruh dan pengikut, Pihak lain lenang mengaut laba ekonomi kerana kebersamaan berfikir dan bertindak.




SUMBER:razali sahir( AHLI TUAH GAMB)




Hakcipta Terpelihara © 2010

Monday, December 27, 2010

minta maaf dari pihak setiausha GAMB



salam w.b.t
ad pengumuman disini kepada semua tuah&teja GAMB...
PERHATIAN!!!!!...semua urusan pendaftaran tidak dapat dijalankan buat sementara waktu.....kerana s/u berada diluar kawasan...beliau tidak dapat update pendaftaran...walaubagaimanapun siapa-siapa yang ingin mendaftar sebagai ahli gamb masih boleh menghantar melalui lama my-gamb,email gamb,atau acc FB najmi amir seperti biasa....tetapi keahlian hanya akan disahkan apabila s/u kembali ke kuala lumpur...harap maklum

dalam senarai yang ad hantar pendaftaran tetapi tidak di sahkan lagi:


dan sdri khalilah roslan yang sudah hantar lebih dari sekali...

P/S:lagi satu pesanan pada ahli tuah&teja GAMB yang mahu join balairung gamb sila add acc FB najmi amir selepas tu p/m inbox beliau...Terima kasih

segala kesusilitan amat dikesali...sebarang pembaharuan akan diberitahu kemudian terima kasih...



Hakcipta Terpelihara © 2010

GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA

Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar." 

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu. 

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!" 

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah s.w.t. menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku." 

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?" 

Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah s.w.t. menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka." 

Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

Merry Christ..dan maksudnya....!!!!!!???

seorg bekas biarawati kristian yg masuk Islam mberitahu dlm ceramahnya,HARAM bg seseorg umat Islam ucap Merry Christ..ini krn ia bmksd Sejahteralah Keatas Tuhan Jesus (NAUZUBILAH) Sebarkanlah prkra ini kpd shbat kita yg msih tidak mgetahuinya.

Sunday, December 26, 2010

PERBEZAAN ANTARA GAGASAN 1MALAYSIA & KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

1. 1 Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.

2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

3. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

4. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

5. 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. 



SUMBER:suarapribumi.blogspot.com

Wednesday, December 22, 2010

6 Tips motivasi


Tulisan ini saya tujukan untuk memotivasi diri saya sendiri. Semoga dapat memberi manfaat kepada sahabat yang telah secara rutin dan berkala berkunjung ke halaman-halaman pada web ini ataupun yang kebetulan mampir.

Secara ringkas, motivasi adalah semangat pendorong untuk melakukan sesuatu. Berikut ini adalah beberapa tips motivasi yang semoga bermanfaat.

1. Selalu bersyukur akan apa yang kita dapatkan.

Mungkin hal ini adalah sederhana, namun sangat memotivasi diri kita saat kita terpukul atau terjatuh dengan target-target yang dinanti-nanti dan diharapkan untuk terjadi, tapi faktanya meleset. Pengungkapan syukur melalui 3 cara.

Dengan hati. Lihatlah sekeliling kita yang ada dibawah kita. Yakin hal ini akan membuat hati kita lembut dan mensyukuri akan nikmat-nikmat yang oleh sebagian orang tidak dapat menikmatinya.
Dengan lisan, dengan ucapkan alhamdulillah. Nikmat yang kita rasakan tidak akan kita peroleh tanpa seijin dari pemilik tubuh kita, pemilik jasad kita, juga pemilik ruh kita. Trus kita ini siapa? Kita adalah makhluk yang diberi pinjaman untuk dapat berkarya, dan membagikan kebahagiaan kepada orang lain.
Dengan perbuatan. Syukur dengan membagikan kebahagiaan kepada orang lain. Rasakanlah kebahagiaan yang timbul saat kita dapat melihat kebahagiaan yang muncul melalui tangan kita. Ada rasa menyeruak dalam dada merasakan bahagia meski buliran air mata mengalir tidak terasa. Jika kita pernah merasakannya, ulangi ulangi dan ulangi.

2. Lakukan apa yang kita minati.

Hal ini akan memotivasi kita untuk melakukannya. Karena dengannya kita merasa enjoy, dan dengannya tak kan ada rasa bosan dan letih. Banyak dari saudara kita yang mereka bekerja karena tuntutan, bukan karena mereka menyukainya. Dari hasilnya kita akan tahu mana yang bekerja karena menyukainya, atau bekerja karena tuntutan. Orang bekerja dengan diikuti rasa senang, akan menambahkan detil-detil secara sukarela.

3. Jika tidak seperti yang kita inginkan.

Yakinkan pada diri sendiri, jika posisi ini adalah step awal menuju yang kita inginkan. Tentunya ada hikmahnya. Apapun keadaanannya. Tetap lakukan yang terbaik yang kita bisa, karena itu memperlihatkan kualitas kita.

4. Cermati, perhitungkan, dan tangkap peluang yang ada.

Setiap kita memiliki peluang-peluang menuju sukses. Namun hanya sedikit orang yang mampu memanfaatkan peluang itu. Terkadang kita melihat ada peluang, namun memiliki keterbatasan, misal keterbatasan modal, keterbatasan keahlian dan lain-lain. Itulah gunanya bermasyarakat, adanya berinteraksi, bersosialisasi, dan bertolong-menolong. Dengan bekerja sama tentu akan menghasilkan yang positif sesuai target dan keinginan bersama. Asah terus kemampuan untuk melihat peluang.

5. Berkumpul dengan orang yang bermotivasi.

Prinsip ini sama dengan istilah penjual minyak wangi akan berbau wangi dengan sendirinya.
6. Selalu dekatkan diri pada Allah.
Adakalanya dalam berusaha mengalami pasang surut. Hambatan dan rintangan dalam melangkah. Pastikan pada diri sendiri bahwa semua itu ada hikmahnya. Mungkin sajakan itu adalah cara Allah untuk mendidik kita. Kita tidak akan dididik seperti di bangku sekolah, tapi kita dididik melalui peristiwa-peristiwa. Kita akan mendapatkan pelajaran dari universitas yang skalanya lebih besar. yaitu universitas kehidupan.

Semoga kita termasuk orang-orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Semoga Allah mengijinkannya.. Amin..

Tidaklah sesuatu berubah jika tidak mulai bertindak, dan kapankah waktu yang paling sesuai untuk memulainya jika bukan saat ini.

Read and action…
M. Masruchan – Salatiga